"HS® ~ 2018® HS"


Muhasabah Diri :
Tidak dinafikan fenomena menceritakan atau meluahkan aktiviti seharian di luar rumah mahupun di dalam rumah kepada umum,kepada laman sosial terutamanya di 'FACEBOK' sudah menjadi fenomena WAJIB pada zaman sekarang. Makan minum,pakaian digunakan seharian,kencing,buang air besar,tidur dan segala-galanya sudah menjadi 1 perkara yang WAJIB bagi remaja lingkungan 13-21 tahun untuk menceritakannya kepada umum(laman sosial-facebook). Bukan sahaja aktiviti seharian,malah yang lebih teruk lagi,ada juga yang memberitahu masalah peribadi mereka 24jam didalam facebook.


        Menceritakan masalah peribadi kepada umum(contohnya:facebook) sebenarnya sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi tetapi menambahkan lagi masalah yang sudah ada.
Bila dikaji selidik semula hal-hal seperti ini,untuk apa tujuan sebenarnya kita menceritakan masalah diri sendiri kepada umum@kepada orang lain??? Persoalannya,untuk apa sebenarnya??? "Ya betul. Tepat sekali jawapan adik." "Siapa nama adik?" "adik sila tunggu selepas habis program ni untuk mengambil hadiah bagi jawapan adik tadi." O.K,jawapan adik tadi, --->supaya orang lain tahu masalah yang kita hadapi DAN berharap orang lain akan sudi membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi sekarang KONONnya<---

       Mari kita sama2 berfikir. Adakah orang lain BETUL2 akan sudi membantu kita apabila kita menceritakan masalah peribadi kita kepada dia?? AHH!! Tidak!! Tidak sama sekali!! In your dream. Bahkan di benci orang lain lagi ada. Minta maaflah. No Mercy untuk dunia akhir zaman. Masalah Peribadi sebenarnya tidak perlu diceritakan kepada umum. Kerana apa??!! Kerana nama pun sudah MASALAH PERIBADI. Bukan masalah orang lain. Bukan sebab orang lain tidak boleh membantu. Boleh sebenarnya. TETAPI masalah peribadi sebenarnya mampu/boleh diselesaikan oleh diri sendiri kalau kita berfikir secara matang dan berfikiran positif. Selagi kita berfikiran negatif..berfikir .. "ah,aku tak boleh melakukannya,aku perlukan bantuan orang lain juga,aku perlu luah kepada umum,kepada FACEBOOK." ..,habislah. Terkubur semua kejayaan yang di impikan kerana tidak mahu berusaha. Di situ sudah menunjukkan anda betul-betul mengharap kepada MANUSIA dan LUPA kepada PENCIPTA kita.


        Muhasabah diri tuan/puan. Dalam hal ini,kita perlu kembali semula kepada pencipta kita. Ingat kembali siapa yang ciptakan kita. OK. Sentiasa berfikiran positif,yakin pada diri sendiri. Jangan mencari alasan jika tidak boleh melakukan sesuatu benda.


|Ingat kesusahan Orang Lain|



Cuba buat dulu sebelum memberi/mencari alasan baru kita tahu setakat man kemampuan kita. Kalau tidak dapat,buat lagi,usaha lagi. tidak dapat juga..usaha lagi. Tidak dapat lagi..buat lagi,usaha lagi..buat,buat,buat, usaha,usaha,usaha sampai dapat. Ini tidak,.bila tidak dapat sesuatu,terus cerita kepada umum,kepada org ramai..merungut di FACEBOOK seolah-olah boleh selesai masalah itu kalau luah/merungut di facebook.

Orang yang gagal adalah orang yang sentiasa mencari alasan manakala orang yang berjaya akan berusaha dulu untuk mendapatkan sesuatu tanpa memikirkan 1001 alasan.

|Usaha Sampai Dapat|

|Doa mohon Kesabaran|


by: |Hadi Izzuddin| Mei 2013

No comments:

Next

Admin

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Bismillahirrohmanirrohim Assalamualaikum w.b.t Our blog is more to Aquatic Life | Plants and Gardening | Howto and style | Vlog

Chelsea

Chelsea